Misterlinky - cara mudah untuk pengunjung masukkan link di blog

Sesetengah pemilik blog akan memasukkan link pengunjung sebagai exchange. Cara ini bagus untuk meningkatkan trafik blog. Kebiasaanya, link pengunjung akan dimasukkan oleh pemilik blog. Tetapi dengan misterlinky, pengunjung sendiri akan meninggalkan link blog mereka pada blog² yang meletakkan widget ini. Secara tidak langsung dapat memudahkan kedua-dua belah pihak, pemilik blog dan pengunjung blog. Berikut contoh widget misterlinky ini.

Untuk mendapatkan widget ini, anda boleh dapatkan (daftar) di www.misterlinky.net/ Setelah selesai mendaftar dengan linkwinky, dapatkan kod HTML kemudian paste di bahagian page element blog anda. Antara kelebihan menggunakan misterlink ini adalah widget yang simple dan mudah untuk memasukkan url blog. Pemilik blog juga senang untuk menguruskan widget ini(jika ada link yang tidak dikehendaki)





Scroll Box untuk Widget

Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog. Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box
Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu.:) Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah. Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.:) Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut.. 1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript (Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog) 2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.
width:width:426px;height: 100px;overflow:auto; "> Letakkan kod widget anda disini
Note : width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki 3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya.. Senang bukan..:)


 



Permulaan : Cara Buat Akaun Blogspot

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka. Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.


Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google. Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im. Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot. Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot. 1. Buka link www.blogger.com 2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog' 


Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.


Cara Buat Akaun Blogspot
 

4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.
Cara Buat Akaun Blogspot
 

 5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue' 



Cara Buat Akaun Blogspot
 

6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)



Cara Buat Akaun Blogspot





Perang Badar dan nusrah ghaib Allah Swt




Medan pentempuran Badar al-Kubro PADA 17 Ramadan berlaku peristiwa yang bersejarah dalam sirah Rasulullah s.a.w iaitu Perang Badar pada tahun 2 Hijrah di Kota Badar. Pertembungan itu adalah antara hak dan bathil iaitu Rasulullah Saw dan sahabat-sahabatnya seramai 313 orang dengan bala tentera Abu Jahal (musuh Allah) dari Mekah seramai 1,000 orang. Kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. kerana    pertolongan Allah s.w.t..

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 123, yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah memberi kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, sedangkan kamu berada dalam kelemahan. Oleh itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.”.

Yakni Allah memberi kemenangan kepada mereka. Dia memberi kemenangan kepada mereka, kerana satu nikmat yang dijelaskan dalam kumpulan ayat-ayat ini. Tiada siapa yang dapat menolong mereka sama ada daripada kalangan diri mereka atau kalangan yang lain daripada mereka (melainkan kehendak Allah s.w.t). Inilah sentuhan pertama ketika mereka diperingatkan dengan kemenangan dalam Perang Badar. Ayat yang berikut menayangkan pemandangan peperangan itu dan menghidupkan gambarannya dalam perasaan mereka seolah-olah mereka berada dalam peperangan itu pada saat ini.

Firman Allah yang bermaksud: “(Kenangilah) ketika engkau berkata kepada orang-orang Mukmin: Apakah tidak cukup Tuhan kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturun (dari langit?)” (Al-Imran: 124) Seterusnya firman Allah lagi, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda”.(Al-Imran: 125)

Inilah kata-kata Rasulullah Saw pada hari Perang Badar kepada sekumpulan kecil sahabat-sahabat r.hum yang keluar bersama baginda Saw. Mereka melihat angkatan perang kaum Musyrikin yang ramai, sedangkan tujuan mereka keluar adalah untuk menghadapi kumpulan unta yang membawa dagangan-dagangan bukan untuk menghadapi kumpulan angkatan perang yang lengkap dengan alat-alat senjata.Baginda Saw memberitahu mereka syarat pertolongan itu iaitu sabar dan takwa, kerana keduanya adalah wasilah untuk menarik bantuan daripada Allah Swt.

Firman Allah, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (Al-Imran: 125) Keputusan daripada Allah Swt Firman Allah Swt: “Dan Allah tidak menjadikan bantuan itu melainkan sebagai berita gembira kepada kamu dan supaya hati kamu menjadi tenteram dengannya dan tidak kemenangan melainkan daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Imran: 126)

Allah berkuasa,Makhluk tiada kuasa. Demikianlah ayat al-Quran ini memberi perhatian yang berat mengembalikan segala urusan kepada Allah supaya tidak terlekat dalam kefahaman seorang Muslim sesuatu tanggapan yang boleh menodai dasar ini. Ia adalah dasar mengembalikan segala urusan kepada kehendak masyi’ah Allah yang mutlak dan kepada iradat-Nya yang langsung.




Hayatus Sahabah versi arab Di samping itu, ia mengetepikan sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu hanya merupakan alat yang digerakkan oleh kehendak masyi’ah Allah atau sebagai alat untuk mewujudkan sesuatu yang dikehendaki oleh-Nya. Jumlah kaum Musyrikin kira-kira 1,000 orang. Mereka keluar untuk berjuang menyahut seruan Abu Suffian yang meminta pertolongan untuk melindungi kafilah perniagaan yang ada bersamanya. Mereka (keluar) lengkap dengan alat-alat senjata dan dengan penuh semangat untuk mempertahankan harta kekayaan mereka dan perasan fanatik untuk mempertahankan maruah dan kehormatan mereka. Jumlah kaum Muslimin pula hanya kira-kira 313 orang. Mereka keluar bukanlah untuk memerangi kumpulan Musyrikin yang kuat ini, malah keluar kerana satu tujuan yang mudah, iaitu menghadapi dan menyekat kafilah perdagangan Quraisy yang tidak bersenjata itu. Credit to