Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….


Persahabatan Perang Yarmouk




Abdullah bin Mas'ud menceritakan apabila seorang sahabat bernama Ikrimah Ibn Abu Jahal gugur datang seorang lelaki memberinya air. Belum sempat diteguknya, Ikrimah mendengar suara Suhail Ibn Amr meminta air. Ikrimah berkata 'berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'.

Kemudian apabila sampai air itu kepada Suhail ibn Amr, terdengar pula suara Haris Ibn Hisyam . Ketika itu Suhail berkata 'berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Pembawa air itu bergerak ke Haris. Beliau mendapatinya telah syahid. Kemudian dia pergi kepada Suhai, Suhail juga telah syahid. Dan beliau kembali kepada Ikrimah, Ikrimah juga telah syahid. SUBHANALLAH.

Ada satu riwayat menyatakan apabila manusia nazak, dia sangat dahaga sehinggakan jika diberinya 7 lautan air, tidak akan hilang dahaganya.

MASHA ALLAH. Lihatlah pada Ikrimah ibn Abu Jahal dan Suhail Ibn Amr. Disaat kegentingan nazak, mereka masih melebihkan sahabat mereka. Inilah persahabatan atas keimanan. Ukhuwah fillah hingga ke syurga. Itu apabila kita mencintai sahabat kita lebih dari kita mencintai diri kita.

Fikir-fikirkanlah.
Wallahu'alam

Franck Ribery : ISLAM SUMBER KEKUATAN SAYA


PARIS: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperka
takannya di khalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada di luar atau di dalam padang permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam."

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï 'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinedine Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane' juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal' apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.

Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.

Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.





Perang Badar dan nusrah ghaib Allah Swt




Medan pentempuran Badar al-Kubro PADA 17 Ramadan berlaku peristiwa yang bersejarah dalam sirah Rasulullah s.a.w iaitu Perang Badar pada tahun 2 Hijrah di Kota Badar. Pertembungan itu adalah antara hak dan bathil iaitu Rasulullah Saw dan sahabat-sahabatnya seramai 313 orang dengan bala tentera Abu Jahal (musuh Allah) dari Mekah seramai 1,000 orang. Kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. kerana    pertolongan Allah s.w.t..

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 123, yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah memberi kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, sedangkan kamu berada dalam kelemahan. Oleh itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.”.

Yakni Allah memberi kemenangan kepada mereka. Dia memberi kemenangan kepada mereka, kerana satu nikmat yang dijelaskan dalam kumpulan ayat-ayat ini. Tiada siapa yang dapat menolong mereka sama ada daripada kalangan diri mereka atau kalangan yang lain daripada mereka (melainkan kehendak Allah s.w.t). Inilah sentuhan pertama ketika mereka diperingatkan dengan kemenangan dalam Perang Badar. Ayat yang berikut menayangkan pemandangan peperangan itu dan menghidupkan gambarannya dalam perasaan mereka seolah-olah mereka berada dalam peperangan itu pada saat ini.

Firman Allah yang bermaksud: “(Kenangilah) ketika engkau berkata kepada orang-orang Mukmin: Apakah tidak cukup Tuhan kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturun (dari langit?)” (Al-Imran: 124) Seterusnya firman Allah lagi, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda”.(Al-Imran: 125)

Inilah kata-kata Rasulullah Saw pada hari Perang Badar kepada sekumpulan kecil sahabat-sahabat r.hum yang keluar bersama baginda Saw. Mereka melihat angkatan perang kaum Musyrikin yang ramai, sedangkan tujuan mereka keluar adalah untuk menghadapi kumpulan unta yang membawa dagangan-dagangan bukan untuk menghadapi kumpulan angkatan perang yang lengkap dengan alat-alat senjata.Baginda Saw memberitahu mereka syarat pertolongan itu iaitu sabar dan takwa, kerana keduanya adalah wasilah untuk menarik bantuan daripada Allah Swt.

Firman Allah, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (Al-Imran: 125) Keputusan daripada Allah Swt Firman Allah Swt: “Dan Allah tidak menjadikan bantuan itu melainkan sebagai berita gembira kepada kamu dan supaya hati kamu menjadi tenteram dengannya dan tidak kemenangan melainkan daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Imran: 126)

Allah berkuasa,Makhluk tiada kuasa. Demikianlah ayat al-Quran ini memberi perhatian yang berat mengembalikan segala urusan kepada Allah supaya tidak terlekat dalam kefahaman seorang Muslim sesuatu tanggapan yang boleh menodai dasar ini. Ia adalah dasar mengembalikan segala urusan kepada kehendak masyi’ah Allah yang mutlak dan kepada iradat-Nya yang langsung.




Hayatus Sahabah versi arab Di samping itu, ia mengetepikan sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu hanya merupakan alat yang digerakkan oleh kehendak masyi’ah Allah atau sebagai alat untuk mewujudkan sesuatu yang dikehendaki oleh-Nya. Jumlah kaum Musyrikin kira-kira 1,000 orang. Mereka keluar untuk berjuang menyahut seruan Abu Suffian yang meminta pertolongan untuk melindungi kafilah perniagaan yang ada bersamanya. Mereka (keluar) lengkap dengan alat-alat senjata dan dengan penuh semangat untuk mempertahankan harta kekayaan mereka dan perasan fanatik untuk mempertahankan maruah dan kehormatan mereka. Jumlah kaum Muslimin pula hanya kira-kira 313 orang. Mereka keluar bukanlah untuk memerangi kumpulan Musyrikin yang kuat ini, malah keluar kerana satu tujuan yang mudah, iaitu menghadapi dan menyekat kafilah perdagangan Quraisy yang tidak bersenjata itu. Credit to





DUNIA SEMAKIN TUA

Bila membaca surat khabar online yang memuatkan berita tentang kematian 30 kanak-kanak yang mengaji al-Quran dimasjid, sayu hati mengetahuinya. Ia merupakan rentetan gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat pada rabu lalu. Setakat ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 1,100 terkorban dan angka itu mungkin mencecah 5,000 orang tetapi Indonesia merekodkan sebanyak 650 maut dan 672 hilang. Gempa bumi ini turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia bila mana 100 buah rumah telah rosak di persisir pantai Kelantan dan Terengganu dan seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemanyang, Bachok dan empat parah di Pangkalan Chepa. Pada minggu lepas juga di negeri Pahang, sebanyak 5 buah kampung telah mengalami hujan air batu yang menyebabkan kerosakan harta benda. Saiz hujan tersebut ada mencecah sebesar penumbuk mengikut apa yang telah dilaporkan oleh pihak akhbar tempatan. Kemudian di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik. Dalam suasana dunia masih dilanda wabak H1N1, setakat ini dinegara kita sahaja, korban akibat H1N1 mencecah 77 orang. Malahan wabak ini terus menular dan merebak diseluruh kawasan didunia. Manakala dinegara-negara lain ribut, banjir dan taufan sering melanda dinegara-negara tersebut. Sebagai contoh kerajaan Taiwan terpaksa bertindak memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari kelmarin sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Negara itu juga yang baru-baru ini diancam dengan aufan Morakot pada Ogos lalu. BENCANA AKIBAT PERBUATAN MANUSIA Di atas merupakan beberapa rentetan bencana yang saya masukan. Setiap tahun kita sering melihat dan mendengar pelbagai bencana yang menimpa dunia. Bala bencana ini bertepatan dengan firma Allah: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44) Hadis rasulullah yang diriwayatkan at-Tarmizi daripada Ali bin Abi Thalib r.a .sabda Rasulullah s.a.w: Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, Manakala hadis yang diriwayatkan ibnu Majah daripada ibnu Omar mafhumnya, nabi menyatakan lima perkara yang disegerakan bala iaitu terzahirnya zina, mengurangkan timbangan, tidak berzakat, mungkin janji dengan Allah dan rasul juga pemimpin tidak melaksanakan hukum Allah. Perkara yang disebut oleh rasulullah s.a.w telah terzahir pada masa sekarang dan ini merupakan akibat perbuatan kita selama ini. Pelbagai ancaman dan peringatan yang telah nabi ingatan kepada kita, malahan kisah umat-umat terdahulu sepatutnya kita mengambil ikthibar tetapi kita masih lalai. BENCANA TIDAK KENAL SESIAPA Sedar atau tidak bencana tidak pernah memilih sesiapa, orang kafir, orang yang membuat maksiat, kanak-kanak atau orang beriman sekalipun, semuanya tidak terlepas daripada bala daripada Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan dakwah dan menegakkan amar makruf serta mencegah mungkar. Ironinya, ada sesetengah yang diseru atau mad’u berkata: “jangan jaga tepi kain oranglah” “kubur masing-masing la.. masing-masing tanggung” ‘agamakan hak indi vidu, kenapa perlu campur tangan” (pengaruh secular Itulah antara yang dilontarkan mereka, mereka mengagap mereka tidak perlu ditegur, bagi mereka agama hak individu, racun pemikiran yang dibawa oleh kafir menjadi hujah mereka. Maka mereka menafikan hak-hak untuk berdakwah. Namun yang sebenarnya, agama milik umat islam seluruhnya, umat islam wajid berdakwah walaupun sesama muslim. Antara sebabnya BENCANA TIDAK MENGENALI SESIAPA’ waallahualam - Posted by ABU KHUZAIFAH BIN EMBONG
:101::101::101::101::101::101::101::101::101::101::101::101: