Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Donat

Dah lama teringin nak makan donat tapi tak sempat-sempat nak buat kerana banyak sangat hal terutama kursus-kursus yang diadakan saban minggu. Semalam sempatlah buat tapi saya gunakan tepung gandum biasa (all purpose flour). Hasilnya alhamdulillah, lembut. 1 kg tepung saya mendapat lebih kurang 40 biji donat. Dari pengalaman saya membuat donat dengan tepung roti dan tepung gandum, saya dapati gunakan tepung gandum lebih lembut kerana saya menguli dengan tangan. Jika gunakan tepung roti, seeloknya gunakan mesin supaya dapat menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada donat itu.Kelembutan donat juga bergantung kepada berapa kuat dan berapa lama kita menguli. Biasanya saya menguli dengan tangan selama 15 minit sehingga doh jadi lembut.


Donat homemade
Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
1 peket yis kering Mauripan(11gm)
5 sudu besar gula kastor
50 gm majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuatnya :
1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum,serbuk penaik, yis kering,gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap . Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.
3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum.Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.
4.Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik.Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup.Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.
6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.

Tip :
1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.
2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan.Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.
3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.
 Sumber - Hajah Noraini



Petua Membuat Kek Untuk Orang Baru



Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!




PAU KACANG MERAH

Bahan-bahan:

1 kg tepung pau (K.An guna 500 gm tepung pau + 500 gm tepung gandum biasa)
200 gm gula kastor
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar baking powder (serbuk penaik)
500 gm air- masukkan sedikit demi sedikit sebab tepung berlainan jenis, memerlukan jumlah air berbeza
1 sudu teh garam
125 gm lemak sayuran (K.An letak 100 gm je)

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli.
3. Masukkan lemak sayuran dan uli lagi sehingga menjadi doh yang kenyal dan lembut. Lebih mudah jika guna mesin atau ke dua belah tangan. Doh lembut dan tidak melekat di tangan. Tambah sedikit tepung jika doh melekat.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pingpong. Leperkan dan isikan inti secukupnya. K.An letak banyak inti sebab anak-anak suka inti kacang merah yang banyak. Bulatkan kembali menggunakan tapak tangan.
5. Letakkan kuih pau diatas lapik kertas minyak atau daun pisang. Susun di dalam loyang dan biarkan selama 30 minit. Ulang proses sama sehingga doh habis. Sementara tu bolehlah dipanaskan pengukus dan kukus kuih selama 10-15 minit.

Sedia dihidang panas-panas.....
Sumber -  K.An




Melanjutkan Jangka hayat kek

 
 
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahsianya? Jawapannya ialah kilang-kilang atau pengusaha kek ini menggunakan bahan pengawet bagi mengekalkan mutu makanan supaya ia tahan lama. Bahan pengawet ini menghalang makanan dari dirosakkan oleh kulat, bakteria atau fungus.Menurut piawaian United State Food and Drug Administration (USFDA), ada beberapa jenis pengawet dibenarkan untuk digunakan dalam makanan seperti:

a) Calcium Propionate
b) Potassium Sorbate
c) Propylparaben
d) Sodium Benzoate
e) Sodium Diacetate
f) Sodium Propionate
g) Sorbic Acid

Di Malaysia , para peniaga kek menggunakan Potassium Sorbate ataupun Sodium Benzoate sebagai bahan pengawet dalam kek termasuk juga dalam pembuatan kek lapis. Jika anda peniaga kek dan mahu kek anda tahan lama anda, boleh gunakan bahan-bahan ini.Tetapi penggunaannya hendaklah mengikut sukatan yang betul. Jika berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan pelanggan anda.
Selain dari menggunakan pengawet, kek mentega misalnya akan tahan 4-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Caranya ialah bungkus kek dengan plastic wrap atau kertas aluminium dan masukkan dalam bekas bertutup. Anda juga boleh dingin bekukan kek tersebut untuk beberapa bulan. Untuk kek lapis yang tiada pengawet, ia akan tahan 1 bulan jika disimpan dalam petisejuk manakala yang berpengawet akan tahan sehingga 3-4 bulan. Cara anda mengendalikan kek itu juga mempengaruhi jangka hayatnya. Tangan hendaklah bersih semasa memegang kek dan pastikan ia disimpan di bekas bertutup.
 
 
 



Kek Chiffon Pandan

Bahan-bahan :
(A)
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur
75 gm minyak masak
75 gm pati santan

(B)
7 biji putih telur
125 gm gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Cara Membuatnya :
1. Sediakan sebuah acuan kek sifon berukuran 24 cm.Tak perlu digriskan.
2. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik dan soda.
3. Satukan semua bahan A dalam sebuah mangkuk pengadun. Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga semuanya sebati. Jangan gaul terlalu lama.
4. Satukan bahan B dan pukul kelajuan sederhana hingga gebu dan kental.
5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius. Bakar selama 45 minit hingga masak.
7. Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan acuan supaya permukaan kek tidak mendap.
8. Setelah 10 minit, terbalikkan semula kepada kedudukan asal. Lorekkan pisau pada keliling acuan dan keluarkan kek. Sejukkan sebelum dipotong.





Kek Buah Kukus

TIP UNTUK KEK BUAH @ MIX FRUIT
Pertama :Sebenarnya mix fruit tu diayak dengan sedikit tepung (2-3 sudu besar - jgn ambil tepung yg 600g tu, ambil yg lain). Ini untuk elakkan dari mix fruit tu berat dan mendak ke bawah adunan bila dikukus. Ada orang suka jemur, terpulanglah. Mix fruit tu kalau ada yg besar, potonglah kecil sedikit supaya nampak cantik sikit. Kalau ada masa lapang, cubalah.

Kedua :Aluminium foil tu ditutup pada permukaan mulut tin. Jangan tuang adunan terlalu penuh, cukup sekadar setengan tin kerana kek akan naik dan bahagian atasnya akan melekat pada aluminium foil nanti. Ada orang suka menggunakan plastik, terpulanglah mana yg elok.

Ketiga :Saya tak pasti masanya untuk memukul telur dan gula, selalu saya pukul sehingga adunan tu berbuih dan naik 2 x ganda dari asalnya. Mentega tak payah dikembangkan.

Keempat :Kalau nak warnanya gelap sikit, waktu masak gula hangus tu, biarkan sedikit coklat tapi jangan gelap sangat nanti rasa hangit pulak. Kemudian barulah dituang sedikit air. Kena hati2 jangan terpercik tangan sudahlah.

Kelima :Gula hangus tu memang cepat mengeras, jadi kena handle betul-betul. Ada orang kata kena buat 2 orang satu tuang, satu gaul cepat2. Tapi mana nak cari orang, anak semua kecil2, kenalah buat sorang-sorang.Bila saya masak gula hangus tu, nampak gulanya dah bertukar coklat, letakkan 2 sudu besar air biasa, kacau rata cepat2, terus masuk dalam adunan sebelah tangan, sebelah tangan lagi siap pegang senduk dan gaul cepat-cepat. Penatlah sikit. Make sure kalau anda sedang dalam keadaan berdiri, dekatkan besin tu dekat dgn badan anda, supaya dapat menahan besin tu bila kita tengah kacau cepat2. Don’t worry sangat kalau ada yg tak sempat tergaul rata. Nanti dia akan cair waktu dikukus.

Keenam : (Jawapan utk soalan ngapa buah jatuh ke bawah.)Setahu saya 1) buah2an tu digaul dgn tepung atau dijemur supaya ianya tak basah, ini sebabnya ia berat dan mendak ke bawah. 2) Air kukusan mesti mendidih waktu nak masuk kek, 3) acuan jangan terhentak, ya. Kalau air kukusan tak cukup panas, buah2an akan mendak ke bawah. ‘Steam’ dari air panas tu menolak naik buah-buahan, ia takda can nak duduk di bawah. Lagi satu perkara, 4) selalu masuk buah2an 2nd last kemudian gula hangus dan cepat2 gaul dan masuk dalam acuan, tutup aluminium foil, dan kukus. 5) Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH (Resipidiana)

Bahan-bahannya:
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur A
400 gram mentega Golden Churn/ SCS
500 gram buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.
sumber -  Hajah Noraini



PAU KACANG MERAH...

BAHAN BAHAN... 1 kg tepung pau @ tepung gandum biasa pun ok jugak 400 ml air suam 1 bungkus yis mauripan 6 sudu besar gula 2 sudu besar garam 1/2 cawan minyak 1 sudu besar baking powder 1 sudu besar pelembut roti ~jika suka.. CARANYA... - Bancuh air suam dengan gula dan garam bila dah sebati baru masukkan yis mauripan...kacau sebati...dan biarkan yis tu kembang...(berbuih2) - Potong kertas A4,kertas minyak @ daun pisang...4 segi kecil - Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu... - Dalam bekas yg besar masukkan semua bahan dan gaul sebati ... - bila dah sebati baru tuangkan air yg ada yis tadi,uli sebati... - sekiranya keras dan masih bergentel2..masukkan sedikit air suam...uli lg sampai adunan tidak melekat di tepi2 bekas tu.... - Biarkan adunan naik sekali ganda lg.... - Bulat2kan dan bubuh inti ditengah2....bulat2kan semula...bubuh di atas kertas sebagai pelapik.... - Pastu kukus 10 minit ngan api yg besar...



Home Made Pizza......

ISI PIZZA:
1 tin sardin-buang kuahnya n dilenyek2
2 biji tomato-dihiris nipis2
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
4 sudu besar mayonis
keju-kite cincang "chesdale" je..
daun bawang dipotong
sosej (kalu nak masukkan)-potong nipis.
DOH:
1/2 kg tepung gandum
1 biji telur
mauripan + sedikit air suam + gula=kacau hingga sebati
3 sudu susu pekat
sedikit minyak utk menguli
air utk menguli tepung
secubit garam
cara:
1. masukkan air ke dlm tepung+ bancuhan mauripan + telur + garam + susu pekat, uli hingga menjadi doh.
2. Masukkan minyak masak supaya doh menjadi lembut. (Kite agak2 la supaya doh tu mcm nk buat donut ).
3. Tutp doh tu dgn kain lembap sehingga doh kembang 2x ganda.
4. bentukan doh tu mcm lempeng n bakar dlm ceper or kuali mcm masak lempeng or masak dlm oven smpai separuh masak.
5. lepas tu baru letak isi n bakar skali lg...
CARA BUAT:
1. Sardin yg siap dilenyek + perahan limau nipis + hirisan bwg + 4 sudu mayonis digaul sebati.
2. Letak pada doh yg dh siap dibakar.
3. Taburkan tomato, daun bawang, sosej, dan hirisan chesdale.
4. Bakar dlm 10 min dengan suhu 130 darjah celcius...





Kek Gula Hangus ( Kek Span )

Gula hangus :
1 cwn gula psir
1/2 cwn air
- Masukkan gula ke dalam periuk dan goreng sampai hangus.
- Masukkan air dan kacau rata. Ketepikan.
Kek :
8 biji telur ayam
1 cwn gula pasir
1/2 cwn mentega/majerin
11/2 cwn tepung gandum - diayak
1/2 cwn susu cair
4 cmt Bicarbonate
1 cmt esen vanilla
Cara membuatnya :
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah@kukus takpe gakk
- Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan dipukul rata, jangan terlalu kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan Bicarbonate sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus dan susu cair. Pukul rata.
- Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
- Tuang ke dalam loyang pembakar yang berlenser dengan sedikit mentega/majerin.
- Bakar sehingga permukaannya menganjal bila ditekan.
- Biarkan kek sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Nota : Adunan kek ini agak cair sebelum dimasak. Jangan tambahkan tepung.