DUNIA SEMAKIN TUA

Bila membaca surat khabar online yang memuatkan berita tentang kematian 30 kanak-kanak yang mengaji al-Quran dimasjid, sayu hati mengetahuinya. Ia merupakan rentetan gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat pada rabu lalu. Setakat ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 1,100 terkorban dan angka itu mungkin mencecah 5,000 orang tetapi Indonesia merekodkan sebanyak 650 maut dan 672 hilang. Gempa bumi ini turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia bila mana 100 buah rumah telah rosak di persisir pantai Kelantan dan Terengganu dan seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemanyang, Bachok dan empat parah di Pangkalan Chepa. Pada minggu lepas juga di negeri Pahang, sebanyak 5 buah kampung telah mengalami hujan air batu yang menyebabkan kerosakan harta benda. Saiz hujan tersebut ada mencecah sebesar penumbuk mengikut apa yang telah dilaporkan oleh pihak akhbar tempatan. Kemudian di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik. Dalam suasana dunia masih dilanda wabak H1N1, setakat ini dinegara kita sahaja, korban akibat H1N1 mencecah 77 orang. Malahan wabak ini terus menular dan merebak diseluruh kawasan didunia. Manakala dinegara-negara lain ribut, banjir dan taufan sering melanda dinegara-negara tersebut. Sebagai contoh kerajaan Taiwan terpaksa bertindak memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari kelmarin sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Negara itu juga yang baru-baru ini diancam dengan aufan Morakot pada Ogos lalu. BENCANA AKIBAT PERBUATAN MANUSIA Di atas merupakan beberapa rentetan bencana yang saya masukan. Setiap tahun kita sering melihat dan mendengar pelbagai bencana yang menimpa dunia. Bala bencana ini bertepatan dengan firma Allah: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44) Hadis rasulullah yang diriwayatkan at-Tarmizi daripada Ali bin Abi Thalib r.a .sabda Rasulullah s.a.w: Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, Manakala hadis yang diriwayatkan ibnu Majah daripada ibnu Omar mafhumnya, nabi menyatakan lima perkara yang disegerakan bala iaitu terzahirnya zina, mengurangkan timbangan, tidak berzakat, mungkin janji dengan Allah dan rasul juga pemimpin tidak melaksanakan hukum Allah. Perkara yang disebut oleh rasulullah s.a.w telah terzahir pada masa sekarang dan ini merupakan akibat perbuatan kita selama ini. Pelbagai ancaman dan peringatan yang telah nabi ingatan kepada kita, malahan kisah umat-umat terdahulu sepatutnya kita mengambil ikthibar tetapi kita masih lalai. BENCANA TIDAK KENAL SESIAPA Sedar atau tidak bencana tidak pernah memilih sesiapa, orang kafir, orang yang membuat maksiat, kanak-kanak atau orang beriman sekalipun, semuanya tidak terlepas daripada bala daripada Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan dakwah dan menegakkan amar makruf serta mencegah mungkar. Ironinya, ada sesetengah yang diseru atau mad’u berkata: “jangan jaga tepi kain oranglah” “kubur masing-masing la.. masing-masing tanggung” ‘agamakan hak indi vidu, kenapa perlu campur tangan” (pengaruh secular Itulah antara yang dilontarkan mereka, mereka mengagap mereka tidak perlu ditegur, bagi mereka agama hak individu, racun pemikiran yang dibawa oleh kafir menjadi hujah mereka. Maka mereka menafikan hak-hak untuk berdakwah. Namun yang sebenarnya, agama milik umat islam seluruhnya, umat islam wajid berdakwah walaupun sesama muslim. Antara sebabnya BENCANA TIDAK MENGENALI SESIAPA’ waallahualam - Posted by ABU KHUZAIFAH BIN EMBONG
:101::101::101::101::101::101::101::101::101::101::101::101:

Tutorial Buat Tab Menu / Navbar Menu

Mempunyai tab menu ataupun navbar menu dalam sesebuah blog boleh digunakan oleh pemilik blog untuk meletakkan link yang penting atau link yang ingin diberi perhatian oleh pengunjung blog. Anda boleh lihat contoh tab menu yang ringkas di sini Tutorial untuk membuat tab menu / navbar menu adalah seperti berikut. 1. Dari dashboard > design > edit html (backup template untuk langkah berjaga²) 2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ]]> 2.1 Jika tidak jumpa, cari kod 3. Copy dan paste kod di bawah SEBELUM kod yang anda jumpa di langkah 2 @ 2.1
ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Contoh.:
Tutorial Buat Tab Menu
4. Save template anda. 5. Kemudian, kembali ke dashboard, pergi ke design > page element > add a gadget > HTML/javascript 6. Copy dan paste kod di bawah di dalam HTML/javascript kemudian tukarkan 'Link' dengan link yang anda mahu letak di tab menu. Contoh :
  • Home
  • Selepas selesai masukkan link yang dikehendaki, save.
    7. Drag ke bawah element header, save dan lihat hasilnya.:)
    Tutorial Buat Tab Menu
    Nota 1: Untuk langkah 3, anda boleh ubah beberapa kod seperti warna background, border, dan radius. Bergantung kepada bagaimana tab menu yang anda mahukan. Nota 2: Jika anda hendak tambah tab menu, copy paste barisan di langkah 6.

    CARA UNTUK ELAK AKAUN FB KITA DARI DIHACK!

    avoid hackers!
    zaman sekarang macam macam boleh jadi. bagi aku, facebook security die terletak kat email. kalau orang taktau email facebook kita, sampai bila bila pun dia takkan boleh hack. boleh juga diorang nak dapatkan password kita dengan gunakan email kita yang lain, tapi mungkin susah sikit.
    kalau dapat email, macam macam boleh buat, nak buat phishing, nak hantar trojan etc.
    Ramai orang aku perasan, letak email yang digunakan untuk login facebook di bahagian info di fb. Camne aku tau? Aku copy email tu, paste kat bahagian search, keluar lah profile orang tu. Senang kan? Tapi nak hack bukan senang. Nak login facebook cuma kena ada dua benda, email dan password. So sekarang, email dah ada. Tinggal password. Try lah buat social engineering, kemungkinan nak dapat password tu memang ada.
    tapi tak ramai yang amik serius tentang hal ni. bagi dorang, biar la kena hack. bukan kena bayar pun nak buat akaun lagi satu. helo wake up! nanti ada orang akan menyamar sebagai kau. guna id kau, bukak group yang bukan-bukan ke, kutuk menteri, kutuk cikgu sekolah ke, kau lak yang ditahan. tak pasal pasal kau plak kena sumbat dalam ISA.
    dasyat lah…serius bahaya ni.
    dan korang hati hati lah dengan orang indonesia. dorang ramai hackers. aku rasa dorg lebih maju daripada kita. hehe aku dah banyak kot jumpa pakar pakar dari indonesia dalam internet ni. kalau tidak, masakan bahasa indonesia ada dalam adsense. cari malay memang tak jumpalah.
    so moralnya, dalam facebook, kalau boleh letak 24 angka untuk password. gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. kasi strength sikit. dan yang paling penting, hide email korang ok.
    walaupun zaman sekarang mungkin banyak lagi cara hackers nak godam akaun kita, tapi apa salahnya kalau kita amik langkah awal kan? take serius ok. aku saja nak kongsi pasal ni sebab risau ramai sangat hackers zaman sekarang. sedangkan website kerajaan pun dorang boleh hack ni kan pulak fb kita. hati hati ok. Credit to Cik Aish Elis


    Ramadhan -Fadhilat VS Kaifiyat

    Kunjungan tetamu yang dirindui kian tiba. Cuma berbalik kepada kita bagaimana pula kita mahu ‘melayan’ tetamu yang agung itu. Tidak lain tidak bukan dialah Ramadhan. Dalam pada kita berusaha sehabis mungkin untuk beribadah dalam bulan mulia ini, terdapat sedikit kekeliruan dalam kalangan kita tentang Ramadhan. Sebilangan daripada kita lebih sibuk mentelaah perkara yang disebut sebagai fadhilat (kelebihan) melebihi kaifiyat (cara-cara). Saya tidak menafikan kebaikan kita mengetahui fadhilat sesuatu ibadah dalam Islam itu. Cuma melihat kepada sumber-sumber yang menceritakan tentang kelebihan tersebut banyak yang tidak tepat. Sebagai contoh hadis yang amat masyhur dalam kalangan masyarakat: “Awal bulan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari api neraka.” Imam Az-Zahabi (sarjana hadis) menyatakan hadis ini adalah hadis mungkar yang membawa maksud diriwayatkan oleh perawi yang dhaif bertentangan dengan perawi yang thiqah. Walaupun hadis ini seringkali digunakan oleh ulama’-ulama’ besar dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi jika sumbernya tidak diperakui maka ia tertolak. Namun demikian ia tidak mengurangkan kredebiliti ulama’ tersebut kerana kemungkinan disebutkan itu untuk waris seterusnya mengkaji semula akan periwayatan tersebut dan juga kesalahan sebagai manusia biasa. Walau bagaimanapun jika terdapat hadis dan pendapat mereka dalam kitab yang sama yang diperakui kesahihannya maka perlu kita terima dan harus dijadikan sebagai pegangan kita. Sesuatu hadis itu mungkin tertolak adalah disebabkan perawinya (penyampai) atau matan (teks) itu tidak diperakui oleh sarjana hadis, namun terdapat hadis-hadis yang sahih membawa maksud yang sama. Sebagai contoh berkenaan bulan ramadhan seperti hadis di atas ada dua hadis sahih yang merangkumi makna hadis tersebut iaitu: 1. Jika datang bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu rahmat, tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. (riwayat muslim oleh Abu Hurairah) 2. barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat bukhari oleh Abu Hurairah) Melihat kepada kandungan kedua hadis ini, sememangnya terdapat rahmat Allah yang begitu luas, pengampunan daripada-Nya serta peluang pembebasan daripada api neraka. Cuma ia lebih selamat kerana datangnya daripada sumber yang sahih dan diperakui serta dijauhkan permasalahan khilaf yang tidak membuahkan hasil. Sebab itu apa yang ingin saya tekankan dalam penulisan ini adalah bukan mengenai fadhilat tetapi kaifiyat. Kalau kita renung semula hadis yang kedua, Allah menawarkan pengampunan-Nya. Namun apakah syarat yang dikenakan untuk kita memperoleh ganjaran tersebut? KEIMANAN Ya. Sememangnya itulah tuntutan Allah daripada hamba-Nya sebelum Dia memberikan ganjaran yang setimpal. Namun untuk memperoleh kebaikan ini bukankah cara-cara yang bertepatan dengan nas melalui mazhab-mazhab yang muktabar perlu dipraktikkan agar kita memperoleh kekhusyukan dalam ibadah dengan perlaksanaannya yang sempurna dan menepati kaedah yang tepat? Sebab itu, saya tegaskan sekali lagi dalam penulisan ini dengan menyeru kita untuk mempelajari (bagi yang belum tahu) dan memperbaiki (bagi yang ragu-ragu) ibadah-ibadah kita dalam bulan ramadhan agar bertepatan dengan nas agama dan pendapat ulama’. Adapun fadhilat dalam bulan mulia ini bukanlah bermaksud tidak perlu kita ketahui. Bahkan elok untuk dipelajari kerana menambahkan keinginan kita untuk menggandakan ibadah. Namun sumber-sumber yang diperolehi haruslah diperakui oleh sarjana hadis atau yang jelas datang dari Al-Quran seperti kelebihan Lailatul Qadr. Kesimpulannya walaupun kita tidak mengetahui banyak tentang fadhilat yang Allah janjikan dalam bulan ramadhan disebabkan keterbatasan dalam menilai ketepatan sumber, yakinlah bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha-usaha kita mempelajari dan memperbaiki amalan kita kerana boleh jadi fadhilat yang dinyatakan adalah begitu dan begini, tetapi dengan rahmat Allah dan keikhlasan kita beribadah, Allah gandakan lebih daripada apa yang kita ketahui. Allah pernah berkata melalui lisan Rasul-Nya (hadis Qudsi): ‘Tiap-tiap perbuatan baik, pahalanya sepuluh kali hingga tujuh ratus kali ganda selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku yang membalasinya’. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim oleh Abu Hurairah) Posted by:

    Ramadhan – Dia Menghampiri, Dan Kita Masih Tidak Peduli.

    Ramadhan semakin menghampiri.
    Apakah ada antara kita yang mendengar ‘loceng-loceng’ yang menyatakannya?
    Ramadhan semakin menghampiri, semakin mendekat, tetapi apakah persediaan kita? Ramai antara kita tidak peduli. Seakan-akan Ramadhan itu bukan sesuatu yang penting buat kita. Mengapa?
    Kerana kita telah di’doktrin’ oleh suasana yang silap dalam melayani Ramadhan Yang Mulia.

    Ramadhan Sebagai Bulan Susah Payah.
    Didoktrin di dalam kehidupan kita, bahawa Ramadhan adalah bulan bersusah payah. Bulan kepenatan dan keletihan. Bulan di mana manusia perlu berlapar dan dahaga seakan tidak wujudnya makanan. Bulan yang dilihat sebagai tidak produktif, bulan yang melemahkan dan tidak punya apa-apa keistimewaan dari segi material.
    Kita melalui Ramadhan, hanya dengan satu pancaran harapan – Lepas Ramadhan, akan datang Syawal.
    Ya. Dengan itulah kita melalui Ramadhan. Menunggu untuk ‘dibebaskan’ dari segala keletihan dan kepenatan.
    Jika perasan, kita didoktrin sedemikian.
    Kerana itu, kehadiran Ramadhan bukan satu keistimewaan buat kebanyakan kita. Bukan sesuatu yang dinanti-nantikan buat kita. Tetapi adalah satu bebanan. Satu kesukaran. Satu kepayahan buat kita.

    Sedangkan Itulah Bulan Yang Dirayakan.
    Ramai yang tidak tahu, bahawa apa yang kita namakan sebagai ‘AidulFitri’ itu hakikatnya dirayakan sehari sahaja, yakni pada 1hb Syawal. Dan tidaklah pula ianya dirayakan pada 2hb Syawal, 3hb Syawal dan sehingga 30hb Syawal. Tidak. Hakikatnya, hari raya itu sehari sahaja. 2hb Syawal dan seterusnya, kita telah disunatkan untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
    Syawal hakikatnya bukan hari raya utama ummat Islam. Yang utamanya adalah ‘AidulAdha’, kerana ia dirayakan selama empat hari. 10hb, 11hb, 12hb, dan 13hb Zulhijjah. Haram berpuasa pada keempat-empat hari tersebut.
    Ya. Sehari sahaja ‘AidulFitri’ hakikatnya. Namun masyarakat kita sakan merayakannya hingga ke hari 30hb Syawal. Bagai nak runtuh dunia kita rayakannya. Sedangkan, apakah itu ‘AidilFitri’? Maksudnya adalah Perayaan Fitrah. Mengapa dinamakan sedemikian?
    Kerana ia adalah untuk merayakan mereka yang berjaya melalui tarbiyah, memproses diri di dalam Ramadhan Al-Mubarak. Yang membersihkan diri dan mensucikan diri mereka di dalam bulan itu. Yang mempertingkatkan diri serta menaikkan lagi kualiti hati mereka di dalam bulan itu.
    Bukan kepada mereka yang pada 15hb Ramadhan, sudah sibuk hendak menyambut Syawal!
    Yang diraikan hakikatnya adalah Ramadhan. AidulFitri meraikan itu. Kita hakikatnya bukan meraikan AidilFitri. Kerana AidilFitri itu hakikatnya tidak punya apa-apa, melainkan sekiranya kita melalui Ramadhan dengan jayanya!

    Mentaliti Yang Perlu Diubah.
    Maka Ramadhan itu perlu kita tekankan pada diri dan keluarga, bahawa ianya adalah Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Peningkatan diri. Bulan di dalamnya wujud pelbagai fadhilat dan kelebihan. Bulan yang Allah SWT sediakan agar ummat Islam kembali mengecas keimanan masing-masing, memperkuatkan diri masing-masing.
    Bulan yang hakikatnya merupakan ‘perayaan jiwa-jiwa’ kerana ianya memberikan makanan kepada mereka. Bulan untuk memperbanyakkan kebaikan, agar jiwa yang jauh menjadi kembali rapat kepada Tuhan.
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
     “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
    “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat syaitan-syaitan.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
    “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(menghitung nak memperbanyakkan amalannya), maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang pernah dilakukan.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
    Ya. Ramadhan inilah hakikatnya yang patut kita nampak sebagai ‘habuan’, ‘hadiah’, ‘anugerah’. Allah SWT memberikannya kepada kita. Dalam setahun, Allah SWT berikan kita sebulan untuk mempertingkatkan diri kita, memperkuatkan diri kita, dalam suasana yang kondusif, bersama ‘tambahan-tambahan’ yang mengiurkan.

    Penutup: Maka Apakah Jiwa-jiwa Masih Tidak Mahu Memperdulikan?

    Maka apakah jiwa-jiwa yang do’if lagi lemah, banyak kekurangan dan dosa ini, masih tidak mahu memperdulikan panggilan Tuhannya?
    Apakah hamba yang hina ini, mahu melemparkan hadiah pemberian Tuhannya?
    Sesungguhnya inilah dia hamba-hamba yang celaka.
    Marilah kita muhasabah semula.
    Jangan jadi hamba yang sombong dengan Dia.
    Ramadhan menghampiri, dan kita masih tidak peduli.
    Jangan.
    Mari peduli. Persiapkan diri. Jadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna sekali!
     Posted by:





    Ramadhan – Bau Itu Makin Kuat.

    Teringat lagi ketika berada pada hari-hari terakhir bulan itu, pada tahun lalu.
    “Allah, sampai ke aku pada tahun akan datang, untuk merasai bulan ini lagi?”
    Pada bulan itu, rasa keinsafan hadir, amal dilakukan dengan bersungguh-sungguh, peluang diambil sepenuhnya. Namun bila keluar, kita diserang, dikikis, ditampar oleh anasir-anasir yang menjauhkan kita daripada Allah SWT. Akhirnya, kita terluka, penuh dengan kecederaan dalam hati dan jiwa kita.
    Malu. Kerna terasa seperti diri ini menipu. Kerna terasa seperti diri ini telah khianat dengan nikmat yang Allah berikan pada bulan itu.
    Tapi, Allah Maha Pengasih. Dia tidak lokek untuk memanjangkan umur saya, umur anda, umur sebahagian manusia yang terpilih, untuk mendekati bulan itu kembali. Bulan penuh hadiah, bulan penuh rahmat, bulan penuh keampunan.
    Bulan itu namanya Ramadhan, dan baunya semakin kuat.

    Ramadhan Yang Istimewa.
    Sekitar 20 hari lagi, Ramadhan akan kembali menaungi langit kehidupan kita.
    Bulan istimewa, turun di dalamnya perlembagaan kehidupan kita: Al-Quran.
    “ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah ayat 185.
    Bulan itu istimewa, di dalamnya Allah membuka seluas-luasnya satu perkara yang sukar: Keampunan.
    Daripada Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
    “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira-kira(bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yang telah lalu” Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad.
    Bulan itu sangat istimewa, kerna di dalamnya sahaja Allah menyediakan sesuatu, yang tiada di dalam bulan-bulan lain: Pembukaan pintu syurga, penutupan pintu neraka dan suasana, bi’ah untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
    Rasulullah SAW bersabda:
    “Apabila masuk sahaja malam pertama dari bulan ramadhan, terikatlah syaitan dan terpenjaralah jin, dan tertutuplah segala pintu neraka, dan tidak terbuka daripadanya walau satu pintu, dan terbukalah pintu-pintu syurga, dan tidak tertutup daripadanya walau satu pintu, dan menyerulah penyeru: Wahai orang yang mencari kebaikan, carilah! Wahai orang yang mencari keburukan, cukup-cukuplah dan Allah menjauhkan kamu dari neraka. Begitulah setiap malam” Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai Sohih oleh Al-Albani.

    Sampaikah Aku?
    Dan bulan itu datang lagi. Sekitar 20 hari sahaja lagi. Siapa yang hatinya mula berdebar-debar. Berdebar-debar dengan persoalan: Hidupkah aku sampai ke bulan itu?
    Ya Allah… Saya takut sebenarnya apabila membangkitkan persoalan itu. Takut tak sempat.
    Mati itu bila-bila masa. Kita lihat sahaja arwah Ustaz Asri Rabbani, meninggal dunia sebelum sempat dia merasai Ramadhan, walaupun ketika dia meninggal dunia, dia telah berada dalam sepuluh hari terakhir Sya’ban. Takut bukan? Kita patut merasa bahawa kita ini pilihan Allah sekiranya kita sempat sampai kepada Ramadhan.
    Sebab itu kita diajar, untuk berdoa: “Ya Allah, sampaikan lah kami kepada Ramadhan”
    Siapakah dari kalangan kita  yang berdoa?
    Siapa pula dari kalangan kita yang bersedia untuk menghadapi bulan yang mulia ini?

    Kata Hendak Beramal Bersungguh-Sungguh, Tetapi Tidak Pula Bersedia.
    Ada orang, dia kata: “Nanti bila sampai Ramadhan, aku buat la amal sungguh-sungguh”
    Tapi, apakah orang yang tidak biasa berjogging setiap hari, mampu untuk melakukan maraton 42 Kilometer?
    Apakah orang yang tidak melatih kekuatan tubuhnya, mampu untuk mengangkat barang seberat 30kg?
    Apakah manusia yang tidak melatih hatinya, dirinya, untuk beramal bersungguh-sungguh, untuk mencari kebaikan bersungguh-sungguh, untuk mengekang diri dari kejahatan bersungguh-sungguh, untuk mempebanyakkan ibadah bersungguh-sungguh, mampu mengaut segala peluang yang ada dalam masa 30 hari di bulan Ramadhan?
    “Ala, nanti malam lailatul Qadr tu, aku bangun la qiamullail. Malam tu lebih baik dari 1000 bulan. Tak gaduh la ibadah banyak-banyak hari lain” Mungkin anda berkata begitu.
    Tapi siapakah anda untuk Allah pilih bagi berada pada malam yang teramat mulia itu? Siapakah anda? Mustahil Allah akan menghadirkan malam itu untuk anda, dalam keadaan diri yang pemalas, dan tidak mempunyai rasa bersungguh-sungguh dalam mencari keampunannya.
    Dengan sikap anda sekarang, dengan kondisi hati anda sekarang, apakah anda fikir Allah akan izinkan anda dengan mudah, memasuki malam yang amat mulia, malam yang disebut di dalam Al-Quran dengan satu surah khas, menunjukkan kepentingannya itu?
    “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” Surah Al-Qadr, ayat 1-5.
    Jangan anda bermimpi wahai kawan. Jangan anda bermimpi. Mari kita muhasabah diri.

    Yang Besar Di Dalam Ramadhan.
    Yang besar di dalam Ramadhan, hakikatnya bukan pahala. Tetapi yang besar dalam Ramadhan adalah keampunan Allah SWT. Bulan ini, Allah membuka seluas-luasnya rahmat dan kasih sayangNya. Bulan ini, adalah bulan Allah SWT membuka peluang keampunanNya kepada hamba-hambaNya.
    Pahala, boleh terkikis dengan amal buruk kita. Tetapi apabila kita mendapat keampunan Allah SWT, maka pahala sedikit atau banyak itu bukanlah ukuran kita. Yang kita kejar dalam Ramadhan, dalam ibadah-ibadah kita, bukanlah pahala yang bertimbun-timbun itu. Tetapi yang kita bersungguh-sungguh beramal dalam bulan Ramadhan ini, adalah untuk mendekati Allah dan merayu keampunanNya.

    Penutup: Ramadhan Semakin Hampir.
    Ya Allah. Ramadhan semakin hampir.

    Gendang itu sudah dipalu
    Menggetarkan hati menarik rindu
    Roh-roh mula bangkit tersenyum
    Pesta rohani sudah tiba
    Ramadhan datang membawa rahmat dan keampunan daripada-Nya

    Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan.
    Ya Allah, sampaikanlah pembaca-pembaca LangitIlahi.Com ini kepada Ramadhan.
    Berikanlah rezeki kepada kami untuk mengaut sebanyak-banyaknya peluang di dalam bulan hadiah daripadaMu itu.
    Berikanlah kami keampunan, rahmat dan maghfirahMu ya Allah.
    Moga-moga bulan Ramadhan kali ini, menjadi medan kami untuk melatih diri, dalam memperkuatkan diri kami menjadi hambaMu yang terbaik wahai Ilahi.
    Para pembaca…
    Katakanlah Amin

     Posted by: