Sejarah Pengorbanan Nabi Ibrahim





Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sumber




Punca Nurul Syuhada Tinggalkan TV3



PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini pada Khamis.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.

Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.

* mstar




Aplikasi Imej/Photo Dalam Entri



Kite tak pandai tentang komputer ni...Tahu sikit2 je...itupun melalui cubajaya dan banyak la juga yang tak berjaya, huhuhu.. Dunia bloging ni pun baru sangat diceburi ^_^.

Apa pun dengan secebis pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa jom kite berkongsi beberapa maklumat dunia blogging terutamanya berkait dengan penggunaan imej/photo dalam entri !Maaf jika ada yang tersilap atau mengelirukan. Kite pecaya masih banyak lagi kaedah2 lain yang kite tak tahu...

Yang ingin dikongsi ada di SINI... & kalau nak yang lain klik SINI... nak yang lain lagi picit SINI ... tak ada penerangan, sebabnya tak tahu macam mana nak jelaskan... Takut terkeliru lak nanti. Whatever bila kalian layari laman web berkenaan, insya-Allah kalian akan faham.

 ~*~ Sekadar perkongsian selain dari penggunaan Photoshop ~*~




Hadis-Hadis Mengenai Wanita




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya
.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”







Sumber




Haid Dan Penyelesaiannya


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka memang tak tahu menahu tentang perkara ini.
Ilmu Fekah khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam… kenapa hal ini boleh terjadi?
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orangPerempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak,
Contohnya saya yang paling simple : Bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam : “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
“Alaa…itu soalan mudah jee..bila datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula’bergelar wanita’ dulu”
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa,
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.
Dalam BAB TIGA : ” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.
- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
- Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

~ Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat ~

Sumber



Hadis : Lalat Dan Penyakit ; Rasulullah Dan Saintis


Hadis :

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:  "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :



Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya. 

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. 

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. 

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. 

Sumber:Dakwah2u







Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2012 Di Malaysia




Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2012 bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah ,Sarawak dan juga (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan.
  
Negeri
Kadar Zakat Fitrah (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00/8.00
Pahang
7.00
Terengganu
4.50/7.00/7.60
Kelantan
7.00
Sarawak
6.50
Sabah
7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7.00

MAKNA ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .

Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH

Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud :" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah.

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :

1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .

NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

i.Bagi diri sendiri - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
ii. Bagi diri sendiri dan tanggungan - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
iii. Sebagai wakil - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan (asnaf):
· Faqir
· Miskin
· Amil
· Muallaf
· Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran
· Orang yang berhutang
· Orang yang berjuang pada jalan Allah
· Ibnu sabil ( orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan )

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT

· Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya .
· Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) .
· Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
· Orang kafir · Orang yang dalam tanggungan penjaganya .

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT

i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .
iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .
iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya.

Sumber





10 Makanan - Anti Kolesterol




Berikut disenaraikan 10 makanan yang boleh mengurangkan kolestrol.

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sarangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sumber





Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan




Menikmati teh bukanlah suatu yang asing bagi sebahagian penduduk dunia. Teh menjadi pilihan untuk dinikmati tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam dari tempat mewah hingga ke warung-warung di tepi-tepi jalan.

Bagi sesetengah bangsa, minum teh dijadikan sebagai budaya dalam majlis atau upacara kehormatan. Contohnya, pasangan pengantin Buddha mempersembahkan minuman teh kepada ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan.

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.


Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :

• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.

• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.

• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.

• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.


Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

Sumber:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia









Cara Letak LinkWithin Dalam Blog





Linkwithin antara blog yang berguna untuk memaparkan post yang berkaitan dalam sesebuah blog. Link within ini berbeza dengan 'related post' biasa kerana linkwithin memaparkan thumbnail bagi entri yang berkaitan.

Contoh:

Antara kelebihan menggunakan linkwithin adalah:
1.Paparan dengan thumbnail yang lebih menarik perhatian pengunjung
2.Cara yang mudah untuk letak dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.

Berikut adalah cara ringkas untuk meletakkan linkwithin dalam blog.
1. Buka web www.linkwithin.com

2. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang berkaitan.







Jika background anda gelap,tick pada kotak kosong kecil tu, dan pastikan anda masukkan bilangan yang sesuai dengan lebar blog anda.

3. Klik pada install widget



Cara Letak Linkwithin Dalam Blog


4. Pilih blog anda ingin masukkan linkwithin(pilih jika anda ada lebih dari 1 blog, kemudian klik add widget


Cara Letak Linkwithin Dalam Blog


5. Apabila sudah selesai, klik save pada page element anda. Dan boleh lihat hasilnya....


Cara Letak Linkwithin Dalam Blog










Franck Ribery : ISLAM SUMBER KEKUATAN SAYA


PARIS: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperka
takannya di khalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada di luar atau di dalam padang permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam."

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï 'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinedine Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane' juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal' apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.

Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.

Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.





PROMOSI KEAHLIAN TUPPERWARE




JOM DAFTAR KEAHLIAN SEBAGAI AHLI TUPPERWARE SEKARANG  N  ENJOY OUR FREE GIFT !

Pendaftaran keahlian RM70 (bermula Mac 2012)
~> Kid bag keahlian
~> Eco Bottle 500ml
~> Small Square Round
~> Berry Gen 1 sachet
~> 1pc Lacto Fiber
~> File Holder










Header 3D Guna Photoscape


Assalamualaikum...  Korang tahu tak nak buat header 3D? Guna Photoscape jelah. Bagi yang tak tahu... actually senang je nak buat. Meh kite tunjukkan. *tutorial ni tak termasuk untuk transparentkan header kayy* Ikut je macam mana gambar ni buat.






 





Lebih elok, tak payah gunakan warna hitam, gunakan merah and biru pun dah cukup. Nak tambah warna lain boleh tapi harus bersesuaian. Amacam? Senang jekan ,kbaiii. 







Letak Lagu Dalam Blog [MixPod]

Okeyy people, ada orang tanya macam mana nak letak lagu dalam blog.. Ekceli banyak cara boleh letak guna Music Dumper, Youtube Player, Full Musik and banyak lagilah... Harini kite nak buat tuto guna MixPod. Mungkin ada orang yang masih tak tahu lagikan? So this is it.

Firstly, bukak website ni.. MixPod. Pastu, korang sign up dulu k. Next, korang ikut macam image ni buat..


Lepastu, korang cari lagu apa yang korang nak.. Then click '+' kat tepi lagu pilihan korang tu. Kalau korang tertekan benda '+' dekat lagu yang korang tak nak tu, korang boleh delete lagu  tu . Just ikut image bawah ni k..


Then, lepas korang dah cari semua lagu pilihan korang tu, korang boleh tekan Customize and kalau nak edit, bolehlah edit and betulkan settings dia k? Then korang tekan Save Playlist and tulislah title apa pun *kalau nak hentam pun boleh sebab ianya tak penting pun* Then terus ambil code yang dia bagi and preview then save. Paham dok? Hehe.. Ok kan? Kbaiii...








PENYAKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

 Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:


Diabetes Primer
Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.

Jenis II (NIDDM)

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah: v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.
Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja. v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
    ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi,
    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
    diambil.

v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
    jantung. Elakkan daripada
    menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.

v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan
    makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
    memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.

v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.

v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.



Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.
Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.
Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran
    darah).

v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:
v Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak
     insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.
v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide
     merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya
     berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat
     ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.

v Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga
     menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin.

v Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan
     gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma
     karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone

v Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam
     usus kecil. Misalnya acarbose.


Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
v Makan terlalu sedikit.
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
     berat.

v Penyakit misalnya cirit-birit

Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
Simptom
Simptom hipoglisemia adalah: v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening
v Loya dan lemah
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur

Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.
Komplikasi Kesan akhir
Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah
Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan. Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah
Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Penjagaan kulit
Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
v Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi
     perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.

v Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan
     iritasi kulit.

v Gunakan air suam untuk mencuci.
v Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau
     terdapat inflamasi.

v Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
v Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,
     lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.

v Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan
     kelembapan kulit.


Penjagaan kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.

v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap.

v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan
     bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai
     kasut.

v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang
     kalus (kulit tebal pada kaki)

kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.


Penjagaan mata
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.
Pesakit kencing manis haruslah:-
v Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
v Memeriksa tekanan darah secara berkala.
v Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.

Penjagaan dental (gigi)
Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.