Pengharaman pejualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaya telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Sistem kod identifikasi plastik

sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.


TIWI Baby Bottle

Features & Benefits:
Contoured bottle fits baby's hands for easy holding.
Made with non-toxic material to ensure baby's safety.
Seal prevents spillage when travelling.
Adaptor prevents seepage through collar while specially - designed grooves make for a smoother flow of milk.
 
Selain botol susu, baby feeding spoon pun bebas BPA.

p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.
credit to: I Love Tupperware



LAPAR DAN KENYANG


Untuk renungan dan amalan bersama.
Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.
LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya. KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.
LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang. KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.
LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia. KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.
LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu. KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.
LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak. Otak kekurangan oksigen.
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup. KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.
LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan. KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.
LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.
LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim. KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
Sahabatku sekalian, lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena). Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya! wallahua'lam..




PAU KACANG MERAH...

BAHAN BAHAN... 1 kg tepung pau @ tepung gandum biasa pun ok jugak 400 ml air suam 1 bungkus yis mauripan 6 sudu besar gula 2 sudu besar garam 1/2 cawan minyak 1 sudu besar baking powder 1 sudu besar pelembut roti ~jika suka.. CARANYA... - Bancuh air suam dengan gula dan garam bila dah sebati baru masukkan yis mauripan...kacau sebati...dan biarkan yis tu kembang...(berbuih2) - Potong kertas A4,kertas minyak @ daun pisang...4 segi kecil - Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu... - Dalam bekas yg besar masukkan semua bahan dan gaul sebati ... - bila dah sebati baru tuangkan air yg ada yis tadi,uli sebati... - sekiranya keras dan masih bergentel2..masukkan sedikit air suam...uli lg sampai adunan tidak melekat di tepi2 bekas tu.... - Biarkan adunan naik sekali ganda lg.... - Bulat2kan dan bubuh inti ditengah2....bulat2kan semula...bubuh di atas kertas sebagai pelapik.... - Pastu kukus 10 minit ngan api yg besar...



KEPADA YANG GEMAR MINUM AIR TIN

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.' Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira. kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. Untuk Peringatan Kita Bersama..


Mengapa Harus Pilih Produk Tupperware ?

Kenapa kita patut memilih produk dari jenama Tupperware? Sebabnya....
  • 1. Produk yang sihat dan selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia beracun dan telah memenuhi standard dari beberapa badan dunia seperti FDA (Food and Drug Administration), Europen Food Safety Authority, Japan Food Safety Commision.
  • 2. Higenis…bersih dan sentiasa segar.
  • 3. Sangat praktikal untuk pelbagai penggunaan.
  • 4. Keistimewaan yang paling jelas ialah penutup ‘seal’ produk plastik Tupperware direka khas, beraneka gaya dan bentuk tetapi dengan matlamat yang sama supaya makanan dan minuman yang disimpan lebih segar dan tahan lebih lama (tidak mudah rosak).
  • 5. Menjimatkan ruang dan tempat penyimpanan.
  • 6. Menjimatkan belanja dan kewangan anda kerana produk ini tahan lasak dan sangat tahan lama.
  • 7. Jaminan untuk seumur hidup.
  • 8. Selamat digunakan berulang-ulang kali tanpa was-was dan ragu-ragu.
  • 9. Produk mesra alam kerana ia boleh dikitar semula menjadi produk lain seperti tong sampah, bakul plastik, pasu bunga plastik, kerusi plastik dan lain-lain lagi.
  • 10. Proses pembuatan produk yang memenuhi dan melepasi tahap piawaian yang tinggi dan pemeriksaan yang ketat menjadikan Tupperware adalah produk plastik yang bermutu, berjenama dan kekal lama sehingga ke hari ini.
*** Tapi.... walau apa sekalipun, segalanya hadir dengan izin Allah swt.Produk tupperware hanyalah asbab agar kita bijak memilih mana yang terbaik untuk kita sekeluarga..... InsyaAllah ^_^ ***


Sejarah Tupperware

~ Produk Tupperware pertama kali diperkenalkan oleh Earl Silas Tupper pada tahun 1946 di Amerika. Produk yang dijual saat itu adalah bell tumbler dan wonderlier bowl.
~ Penjualan Tupperware pada awalnya melalui department store,tetapi kurang mendapat sambutan, kerana... keunikan dan kelebihan dari produk serta bagaimana menggunakannya tidak dapat dilihat dan kurang difahami lantaran tidak ada yang mengkomunikasikannya secara langsung melalui demo produk.Untuk itu Brownie Wise telah mencadangkan agar produk tupperware dijual melalui sistem direct selling.Semenjak adanya kerjasama antara Earl Silas Tupper dengan Brownie Wise maka bermulalah penjualan produk tupperware melalui direct selling hingga ke hari ini.
~ Material / bahan yang digunakan untuk membuat tupperware adalah selamat digunakan untuk tujuan penyimpanan makanan atau pun minuman, kerana ianya tidak beracun / non toxic serta tidak berbau.
~*~ Walaupun begitu segala yang hadir adalah dengan izin Allah SWT. Produk tupperware hanyalah asbab agar kita bijak memilh apa yang terbaik untuk keperluan kita sekeluarga..... InsyaAllah ^_^



Home Made Pizza......

ISI PIZZA:
1 tin sardin-buang kuahnya n dilenyek2
2 biji tomato-dihiris nipis2
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
4 sudu besar mayonis
keju-kite cincang "chesdale" je..
daun bawang dipotong
sosej (kalu nak masukkan)-potong nipis.
DOH:
1/2 kg tepung gandum
1 biji telur
mauripan + sedikit air suam + gula=kacau hingga sebati
3 sudu susu pekat
sedikit minyak utk menguli
air utk menguli tepung
secubit garam
cara:
1. masukkan air ke dlm tepung+ bancuhan mauripan + telur + garam + susu pekat, uli hingga menjadi doh.
2. Masukkan minyak masak supaya doh menjadi lembut. (Kite agak2 la supaya doh tu mcm nk buat donut ).
3. Tutp doh tu dgn kain lembap sehingga doh kembang 2x ganda.
4. bentukan doh tu mcm lempeng n bakar dlm ceper or kuali mcm masak lempeng or masak dlm oven smpai separuh masak.
5. lepas tu baru letak isi n bakar skali lg...
CARA BUAT:
1. Sardin yg siap dilenyek + perahan limau nipis + hirisan bwg + 4 sudu mayonis digaul sebati.
2. Letak pada doh yg dh siap dibakar.
3. Taburkan tomato, daun bawang, sosej, dan hirisan chesdale.
4. Bakar dlm 10 min dengan suhu 130 darjah celcius...





Kek Gula Hangus ( Kek Span )

Gula hangus :
1 cwn gula psir
1/2 cwn air
- Masukkan gula ke dalam periuk dan goreng sampai hangus.
- Masukkan air dan kacau rata. Ketepikan.
Kek :
8 biji telur ayam
1 cwn gula pasir
1/2 cwn mentega/majerin
11/2 cwn tepung gandum - diayak
1/2 cwn susu cair
4 cmt Bicarbonate
1 cmt esen vanilla
Cara membuatnya :
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah@kukus takpe gakk
- Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan dipukul rata, jangan terlalu kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan Bicarbonate sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus dan susu cair. Pukul rata.
- Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
- Tuang ke dalam loyang pembakar yang berlenser dengan sedikit mentega/majerin.
- Bakar sehingga permukaannya menganjal bila ditekan.
- Biarkan kek sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Nota : Adunan kek ini agak cair sebelum dimasak. Jangan tambahkan tepung.