YANG TERBAIK UNTUK JANTUNG ANDA
Tahukah anda ‘teh’ dapat membantu anda menjaga kesihatan jantung? Bagi penggemar-penggemar ‘teh’ anda di nasihatkan supaya beralih kepada ‘teh tanpa susu’. Ini bermakna, anda haruslah mecuba minum ‘teh O’ daripada ‘teh’. Memang tidak dapat dinafikan bahawa minum teh pada waktu pagi dan petang ia amatlah enak sekali.
Namun, melalui ujian yang telah dijalankan, jika anda berminat untuk memanfaatkan teh yang maksimum, terutamanya kesihatan jantung anda, jangan tambahkan susu di dalam ‘teh’ anda.
Meminum ‘teh hitam’ atau ‘teh O’ dapat membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Dr. Mario Lorenz, yang membantu sebuah kajian di Berlin, mengatakan bahawa manfaat ‘teh’ yang sangat penting adalah dapat menambahkan kemampuan arteri untuk berkerja dengan lebih santai dan melancarkan aliran darah.
Tetapi dengan adanya kandungan susu, ia akan menghalang keajaiban yang di hasilkan oleh ‘teh’ ini.
Ini kerana susu bersifat meneutralkan semua jenis reaksi kimia. Maka, kebaikan yang terdapat di dalam ‘teh hitam’ ini akan turut dihilang atau dineutralkan dengan kehadiran susu di dalam minuman ‘teh’ anda.
Sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan